Monday, April 26, 2010

parkinson

hello peeps!

thank you lah yan, sebab awak promote blog kt, lepastu traffic pon sume from blog awak je kan haha!

malas nk ckp pasal exam far td. mmg hancur lebur kecewa habis. mmg menyedihkan. haih. exam habis pukul 12 td. so igt bercita-cita lah nk belajar law petang tadi, and maybe harini boleh cover at least laaa 1 bab law. tp end up, lain pulak jadi. standard lah tuh kan? haha. ouh rupenye2 bile i bace last post i, final paper i tinggal 5 bukan 6. tengok tu, benda mcm tu pon tak reti kira. ni kan nk buat far td, lagi lah. so tadi i pegi pyramid. konon nak kejap je. sekali, siap tengok wayang. hampeh. tak sedar next paper theory paper. lantak lah. far mmg menyayatkan hati haha.

kiterang mcm tak plan pon nk tgk movie sebenarnye. sampai kat counter nk beli tiket, still macam, tercengang-cengang nak tengok ape. so, dengan bijak, tanyelah org kat kaunter tu, ape cite yang kelakar? die cakap, die baru tgk Losers. so, okay, beli lah movie tu without even knowing ape genre die pun. sape yang berlakon pon taktau. takpelah, orang tu cakap best.


first 15 - 30 minutes, sumpah rasa menyesal tengok cite ni. start start je dah tembak2, dgn lagu background die yang macam, mabuk gila. pastu mula la merungut, patut tak payah tengok cite ni la, patut tgk cite tu la ni la. finee. tapi after dah tengah tengah movie tu, baru rasa mcm seronok. baru rasa mcm part tembak2 die style gila and cool sebenarnya. dierang 5 orang, macam hebat gila. sorang tu pandai gilaaa shoot, sorang lagi pro bawak apa-apa, from kereta ,bas, helikopter, sorang lagi tu sumpah lawak gila. mcm, kalau tak cukup 5 orang tu tak complete lah. tapi, last last, salah sorang tu, traitor. haha habes spoil cite. malaslah nk cerita detail, kena pegi tengok sendiri! :p . i rase movie tu best jugaklah sebenarnya.

kalau takde heroin tipu la kan? familiar?

well, she is Neytiri in Avatar

semangat lepas tengok cite tembak tembak tu, i masuk arcade. main rambo! haha. dah lame tak masuk arcade. ouh, sebelum i lupa, i pegi pyramid pakai baju kurung. lepastu, masuk arcade, main game tembak2 pakai baju kurung. palinglah sopan. rifle tu berat serious, tapi dah start main, mane boleh stop. berat ke ringan, sume tu dah tak rasa. siap peluh-peluh nak focus. mati je, pegi beli token lagi, beli beli beli. sedar sedar habis RM20 semata mata main tembak2 je? lepas tu, kalau menang takpe jugak. ni sampai level 4 je. tapi takpelah, hilang stress far tadi hehe. i rasa macam cool main game mcm tu dengan gem. siap jerit jerit, biar i tembak, u tak payah tembak. tembak atas tu, tembak kat benda hijau. semangat. lepas dah mati, baru la rasa lenguh gilaa tangan. sekarang tangan kanan i dah mcm parkinson. tergetar2 lenguh. satu lagi alasan, kenapa tayah study malam ni haha.

eh, i rasa mcm terover panjang post kali ni. i pon tatau kenapa. cukuplah sampai di sini sahaja haha.

thanks gem for today. love.

No comments:

Post a Comment